Monday, July 29, 2013

First Career Journey To Sarawak

Haaaaaa...ini kali keh buka semule kehidupan blog keh walaupon x reti sgt berblog ni..kalu cool blog mmg keh tau la..hok yg minum tu kan..nak2 perisa yem(keladi)..hahahaha keh nok kabor la ke demeh sume rodong2 yg ade di serata Malaysia ni..sejak keh tamat blajo kat maktab bulan November 2013, keh menunggu keje kat umoh selama 6 bulan..lame te..mmg duk ngulor je kat umoh..bulan 3 interview SPP,bulan 5 konvo kat PICC..mmg gaya mak datin da Puan Zainab(Mama) kat sana..Alhamdulillah keh dapat gak penempatan ke Sarawak..

Alkisah nama sekoloh keh ni SK Sungai Tangap...nok tau ke nape digelor sbg Tangap???? Baca sejarah sekoloh keh ni...

Dahulunya, sekolah ini dipanggil Sekolah Rendah Kerajaan Sungei Tangap dan ditubuhkan pada tahun 1978. Sekolah ini juga dibuka dengan rasminya pada 27 Ogos 1978. Ianya telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Encik Celestine Ujang Anak Jilan, Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan pada ketika itu.
Nama sekolah ini diambil sempena nama Sungai Tangap. Murid yang bersekolah di sekolah ini merupakan anak penduduk kampung Sungai Tangap, iaitu penduduk rumah panjang TR. Patrick Libau Anak Sullai yang ratanya terdiri daripada kaum Iban. Selain itu, sekolah ini juga terletak berhampiran dengan Gua Niah, iaitu kira-kira 15 minit perjalanan dari sekolah menggunakan laluan ‘pejalan kaki’ (Plain Walk).
Sekolah Kebangsaan Sungai Tangap, Subis merupakan salah satu daripada 44 buah sekolah rendah yang terdapat di Daerah Subis dan berada di kelompok Zon Niah. Sekolah ini terletak kira-kira 64km dari Pekan Bekenu dan Pejabat Pelajaran Daerah Subis. Pada hari ini, sekolah ini mempunyai sebuah bangunan 2 tingkat yang menempatkan bangunan akademik, pejabat am, bilik guru, 6 buah kelas (Tahun 1-6), 8 buah kuarters guru (rumah sebiro/gotong-royong) dan rumah RMT. Sekolah ini juga mempunyai Prasekolah dan mula beroperasi pada tahun 2007.

Sekolah Kebangsaan Sungai Tangap juga terdiri daripada 15 orang guru termasuk Guru Besar dan 2 orang AKS yang sedang berkhidmat di sini serta mempunyai 15 orang murid Prasekolah dan 50 orang murid Tahun 1 hingga 6. Enrolmen keseluruhan pada tahun 2013 adalah 59 orang murid. 

******************************************************************************************
Baca dah kan...itula serba sedikit sejarah tempat keh ngajo ni..kebanyakannye penduduk rumah panjang kat sini Iban blake..nama rumah panjang plak Rumah Panjang Patrick Libau..keh da tau da sape tuai rumah dan isi rumahnye..sume ade 100 family..

Rumah Panjang Patrick Libau

Kalau demeh baca yg kat atas te ade tulis boleh jalan kaki je g Gua Niah kan..mmg bete pe..keh jalan kaki 10 minit je g Gua Niah...kat bawoh ni keh tunjuk skit gambor persekitaran skoloh keh..

 ni jalan nok ke Gua Niah..Plain Walk
 Dari skoloh ke Gua Niah


Nampok x skoloh keh te??hahaha

Keh duk kuarters guru kat sebeloh skoloh je..ade la dlm 2 meter nak ke skoloh..hahahaha

SK Sungai Tangap
D/A PPD Subis
98150 Bekenu, Miri.

Kehidupan kat sini macam kampung sendiri jugak..cuma budaya je berbeza..tapi InsyAllah dalam 4-5 taun kat sini boleh cakap Iban da,.."Selamat Datai" "Udah makai ke bedau?" "Apuuuuuuuu"...
Hidup kat tempat org ni jangan sombong..kena mesra tapi xleh terlampau mesra sangat la..anak dara kat sini mmg lawa2..hahahaa duk sini mmg kena pakai 4x4..geng2 sume nak pakai kete hilux la,triton la..tapi keh terpandang satu kete je..FORD RANGER !!!!! mmg garang giler...

hehehehehe...mmg gempak la pakai ranger ni...wooohooooo...

No comments:

Post a Comment