Alkisah nama sekoloh keh ni SK Sungai Tangap...nok tau ke nape digelor sbg Tangap???? Baca sejarah sekoloh keh ni...
Dahulunya,
sekolah ini dipanggil Sekolah Rendah Kerajaan Sungei Tangap dan ditubuhkan pada
tahun 1978. Sekolah ini juga dibuka dengan rasminya pada 27 Ogos 1978. Ianya
telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Encik Celestine Ujang Anak Jilan, Menteri
Kebudayaan Belia dan Sukan pada ketika itu.
Nama
sekolah ini diambil sempena nama Sungai Tangap. Murid yang bersekolah di
sekolah ini merupakan anak penduduk kampung Sungai Tangap, iaitu penduduk rumah
panjang TR. Patrick Libau Anak Sullai yang ratanya terdiri daripada kaum Iban.
Selain itu, sekolah ini juga terletak berhampiran dengan Gua Niah, iaitu
kira-kira 15 minit perjalanan dari sekolah menggunakan laluan ‘pejalan kaki’
(Plain Walk).
Sekolah
Kebangsaan Sungai Tangap, Subis merupakan salah satu daripada 44 buah sekolah
rendah yang terdapat di Daerah Subis dan berada di kelompok Zon Niah. Sekolah
ini terletak kira-kira 64km dari Pekan Bekenu dan Pejabat Pelajaran Daerah
Subis. Pada hari ini, sekolah ini mempunyai sebuah bangunan 2 tingkat yang
menempatkan bangunan akademik, pejabat am, bilik guru, 6 buah kelas (Tahun
1-6), 8 buah kuarters guru (rumah sebiro/gotong-royong) dan rumah RMT. Sekolah
ini juga mempunyai Prasekolah dan mula beroperasi pada tahun 2007.
Sekolah
Kebangsaan Sungai Tangap juga terdiri daripada 15 orang guru termasuk Guru
Besar dan 2 orang AKS yang sedang berkhidmat di sini serta mempunyai 15 orang
murid Prasekolah dan 50 orang murid Tahun 1 hingga 6. Enrolmen keseluruhan pada
tahun 2013 adalah 59 orang murid.
******************************************************************************************
Baca dah kan...itula serba sedikit sejarah tempat keh ngajo ni..kebanyakannye penduduk rumah panjang kat sini Iban blake..nama rumah panjang plak Rumah Panjang Patrick Libau..keh da tau da sape tuai rumah dan isi rumahnye..sume ade 100 family..
Rumah Panjang Patrick Libau
Kalau demeh baca yg kat atas te ade tulis boleh jalan kaki je g Gua Niah kan..mmg bete pe..keh jalan kaki 10 minit je g Gua Niah...kat bawoh ni keh tunjuk skit gambor persekitaran skoloh keh..
ni jalan nok ke Gua Niah..Plain Walk
Dari skoloh ke Gua Niah
Nampok x skoloh keh te??hahaha
Keh duk kuarters guru kat sebeloh skoloh je..ade la dlm 2 meter nak ke skoloh..hahahaha
SK Sungai Tangap
D/A PPD Subis
98150 Bekenu, Miri.
Kehidupan kat sini macam kampung sendiri jugak..cuma budaya je berbeza..tapi InsyAllah dalam 4-5 taun kat sini boleh cakap Iban da,.."Selamat Datai" "Udah makai ke bedau?" "Apuuuuuuuu"...
Hidup kat tempat org ni jangan sombong..kena mesra tapi xleh terlampau mesra sangat la..anak dara kat sini mmg lawa2..hahahaa duk sini mmg kena pakai 4x4..geng2 sume nak pakai kete hilux la,triton la..tapi keh terpandang satu kete je..FORD RANGER !!!!! mmg garang giler...
hehehehehe...mmg gempak la pakai ranger ni...wooohooooo...